Monday, December 28, 2015

hai! baru-baru ni naufal pergi ke Medan, Indonesia. seronok!!! terdapat 22 orang yang mengikut aktiviti ini... Dekat sana naufal dan keluarga banyak membuat aktiviti-aktiviti menarik! antaranya ialah mendaki gunung sibayak... di gunung sibayak kami boleh bermandi-manda di kawah gunung itu... Memang Terbaeklah! kami juga ada mendaki bukit-bukit lain seperti kami mendaki spisopiso... hahaks... namanya pelik kan? Semasa Fal dekat air terjun tu... kuat betul air terjunnya merecik habis Naufal basah lencun... pada hari kami mendaki gunung sibayak... kami juga ada pergi ke air terjun dwi-warna... perjalanan untuk trekkingnya... ya allah... jauh!!! dalam 12 KM kot.... mungkin 4 jam... :-P kalau lambat la.... tapi perjalanan ini bukan lah sia-sia! kami berjaya sampai ke air terjun tersebut... air terjunnya... sama seperti dalam gambar!!! ya allah! serius!!! cantik!!! hinggalah keesokan harinya kitorang dh nak pulang ke kuala lumpur... alhamdulillah perjalanan kami selamat sepanjang perjalanan ini! ;-) bye!